Search

DESTINASI MALAYSIA 2030 - WACANA ARAS TINGGI DI KA...

  • Share this:

DESTINASI MALAYSIA 2030 - WACANA ARAS TINGGI DI KALANGAN AHLI POLITIK ALKIS

Pihak ALKiS (alumni Kolej Islam Malaya, Kolej Islam Klang dan Kolej Islam Sultan Alam Shah) ingin menjemput anda semua - rakyat Malaysia - bersama dalam satu wacana secara langsung di Hari Malaysia nanti jam 10 pagi.

Walaupun ahli panel mewakili pelbagai parti politik, gelombang perbincangan adalah mencari suara Malaysia secara kolektif, berdata dan kognitif dalam menelusuri perjalanan Malaysia ke arah 2030.

Lebih menarik, semua ahli panel termasuk saya sebagai moderator adalah seangkatan di Kolej Islam Klang (SPM). Kami pernah membesar dan remaja sekali. Makan di dewan makan yang sama. Mandi di air kolah yang sama. Solat di suara yang sama. Menduduki SPM sekali di dewan besar KIK pada tahun 1981.

Jemput semua join program yang agak unik ini ke arah mencari titik2 kesakitan (pain points) bagi negara Malaysia dan mencipta galur2 membangun negara Malaysia sebagai sebuah negara yang disegani pada tahun 2030 dalam semua bidang dan aspek. Mencari destinasi Malaysia 2030 secara bersama.

Mohon share post ini.

Jumpa nanti pada Hari Malaysia 16 September jam 10 pagi.

MDB
Presiden ALKIS (2020-2022).


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts